Hadis No. 7
Bumi tidak pernah tanpa seorang lelaki yang mengetahui kebenaran.
رَوَى أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ خَالِدٍ [ت274ه] فِي «الْمَحَاسِنِ»[1]، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ النُّعْمَانِ، عَنْ شُعَيْبٍ الْحَدَّادِ، عَنْ أَبِي حَمْزَةَ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ -يَعْنِي مُحَمَّدَ بْنَ عَلِيٍّ الْبَاقِرَ- عَلَيْهِ السَّلَامُ قَالَ:
لَنْ تَخْلُوَ الْأَرْضُ مِنْ رَجُلٍ يَعْرِفُ الْحَقَّ، فَإِذَا زَادَ النَّاسُ فِيهِ قَالَ: قَدْ زَادُوا، وَإِذَا نَقَصُوا عَنْهُ قَالَ: قَدْ نَقَصُوا، وَإِذَا جَاؤُوا بِهِ صَدَّقَهُمْ، وَلَوْ لَمْ يَكُنْ ذَلِكَ كَذَلِكَ لَمْ يُعْرَفِ الْحَقُّ مِنَ الْبَاطِلِ.
Terjemahan:
Ahmad bin Muhammad bin Khalid [w. 274 H] meriwayatkan dalam kitab al-Mahasin, dari ayahnya, dari Ali bin Nu’man, dari Syu‘aib al-Haddad, dari Abu Hamzah, dari Abu Ja‘far, yaitu Muhammad bin Ali al-Baqir yang berkata:
Bumi tidak pernah tanpa seorang lelaki yang mengetahui kebenaran, sehingga apabila manusia menambahkannya, beliau berkata: “Mereka telah menambahkannya”, dan apabila mereka menguranginya, beliau berkata: “Mereka telah menguranginya”, dan apabila mereka membawanya (dalam keadaan murni dan sempurna), beliau membenarkannya. Dan sekiranya tidak demikian, kebenaran tidak dapat dibedakan dari kebatilan.